CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum Cinta. Waalaikumussalam Rindu?

Assalamualaikum Cinta. Waalaikumussalam Rindu?

Intan Payung Pengarang Kelopak Jantung Pisang

Resepi Kejayaan. Komen Anda Mengenainya?




Please don't 'sia-siakan' masa walaupun satu minit!
Kata ustaz Saufi. "Jangan sia-siakan walaupun satu markah" Now, my words are "Jangan sia-siakan masa walaupun satu minit" boleh tak? Orang putih cakap. 'Time Is Precious' budak kelas aku pulak cakap 'Time Is Gold' Eh? Pelajar yang cemerlang dia akan guna masa dengan sebaiknya. Kadang-kadang, tgh buang air besar  pun sempat baca buku. haihh, janganlah sampai dalam bilik air pun bawa masuk buku. Mana pergi keberkatan kan? Bergurukan syaitanlah jawabnya. Ok, the best thing is tak kira dimana kita, selagi ada peluang baca buku, bacalah. Iqra' 'BACALAH'

Jom Jadi Ulat Buku.
 Pelajar cemerlang mesti sentiasa ada buku di tangan. Bukan nak riak atau menunjuk depan orang, takpun ujub. "Hai saya tengah baca buku ni', "Hello cik, kenapa pandang saya, ohh well saya dari dulu mmg mcm ni, suka baca buku tau". Jangan bersikap macam tu. Tak manis. Nanti org kata kita berlagak. 'Menyampah aku tgk si Jemah tu asyik baca buku je" Patutlah pandai. Menyampah bermakna. Geram dgn kita sampai menyampah,lps tu dipuji pulak kita. Ok what. Manalah tahu lps org lain tgk kita baca buku, dorang pun akan amalkan jugak. Tp sebenarnya, niat kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Peduli org nak kata apa. Pengetahuan tu penting. Banyak baca buku, banyak dapat informasi, bila banyak dapat informasi, mesti kita akan sebarkan ilmu itu kpd org lain pulak kan?"Sharing Is Caring"

Bangun Awal Pagi Baca Buku
Tidur awal bangun awal. Tidur lambat bangun lambat kan? Jadi, tidur awal untuk bangun awal di pagi hari. Jangan biasakan tidur lambat. Kata penasihat kesihatan saya (ibu), kalau tidur lambat nanti esok pagi tak segar, tak cukup oksigen dalam badan, bila tak cukup oksigen. Badan lemah. Kalau badan dah lemah? Belajar apa pun tak mampu dah. Teacher Veronica kata 'you bangun awal pagi, bukak buku, confirm belajar dapat, tak percaya try lah bangun awal pagi buat latihan' Terbukti berkesan! Pagi-pagi kan sunyi, tenang je. Bunyi bising pun takde. Kan tenang nak belajar. Bersendirian belajar tanpa gangguan! Terasa ke'best' annya! Pagi-pagi tu jugalah penghuni semua tidur. Masa tu masa terbaik kita untuk mendirikan solat hajat, solat sunat tahajjud, baca Al-Quran minta Allah permudahkan segala urusan kita untuk belajar.

Buat mind map/nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat mind map. Buat yg kaler-kaler tu kalau taknak cepat bosan. Nak baca pun menarik. Kalau ada nota ringkas,senang nak rujuk, senang nak baca. Tak payah dah bawa buku tebal-tebal baca kt perhimpunan macam selalu aku dan kawan-kawan buat. Saat nak exam ni, bukan masa nak ulangkaji, tapi masa buat latihan

Biasakan Diri Buat Soalan 'Past Year' Tahun 2005-2012
Buat soalan past year untuk tahu bentuk soalan sebenar. Try identify bentuk soalan dan piawaian sebenar SPM. Soalan 8 Tahun berturut-turut tu pusing-pusing kat situ juga. Bentuk soalan lebih kurang sama je. Pastu, analisis setiap soalan, kemungkinan soalan bakal keluar, dan telah keluar. Ke'famous' an soalan tu mcm mana. Berapa kali dah keluar. Kaji selidik.

Buru Cikgu, Kejar sampai dapat, Sampai Lubang Cacing Cari Cikgu Korang.
'Mari dekat, mari dekat'! Cari cikgu kalau tak faham ttg pelajaran. Rajin-rajin dekatkan diri dgn cikgu. Cikgu lagi suka korang banyak bertanya dan memberi respon dgn pengajaran yang diajar. Tanya je banyak soalan, tanya sampai akhirnya cikgu tu tak boleh jawab. Masa ni lah kita buat perbincangan dgn cikgu pada saat-saat akhir nk SPM ni. Kalau guru sanggup berkorban demi kita, kenapa tidak kita?

Jangan 'stress'
Sentiasa muhasabah diri. Jangan terlalu mengikut emosi. Jika stress, cuba tenangkan fikiran. Istighfar banyak-banyak. Selawat ke atas Nabi. InsyaAllah, mudah-mudahan stress kita akan hilang. Sentiasa dalam keadaan berwudhuk ketika mengulangkaji pelajaran supaya hati mudah menerima pelajaran sebab diri dalam keadaan bersih. Jangan dedahkan diri dgn gejala negatif, atau terdedah dgn persekitaran yg bising yg mungkin mendatangkan 'pressure' dalaman.

Keep Fighting!
Don't give up! Please stay and keep motivate yourself to success. Don't look behind. Kejayaan menuggu di hadapan. Apa lagi, maju ke depan.

Bakat Terpendam Awak Apa?
Belajar belajar juga, hala tuju awak lps SPM nak ke mana? Matlamat hidup? Try google, cari info, tanya kaunselor ttg kerjaya yg kita suka.Kita belajar sebab ada halatuju. Kalau cita-cita nak jadi doktor. Ambil bidang Sains. Kalau nak jadi engineer ambil bidang yg berkaitan dgn engineer. Ke awk tiada hala tuju? Jgn mcm tu. Kenali bakat dan potensi diri yg ada dlm diri kita. Terokai bidang yg kita ingin ceburui.

Jaga Hubungan Baik dgn Allah, Jaga Hubunga Baik Dengan Manusia
3 bulan terakhir sebelum peperiksaan, lakukanlah banyak solat sunat. Minta petunjuk dan hidayah Allah. Minta supaya ALLAH terangkan hati, lapangkan dada, kuatkan daya ingatan kita. Kembalikan ingatan kita selama 5 tahun belajar. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Resepi kejayaan NIK NUR MARDHIAH adalah beliau menjaga hubungan baik dgn ALLAH, dan manusia :')
 
The most important kesihatan rohani, jasmani, fizikal dan mental harus dijaga :') 

Good Luck Student SMK Toh Indera Wangsa Ahmad! #Batch1996

Don't despair and never lose hope, cause Allah is always by your side.





Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada bantuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3kali)
Ada jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada jalannya

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
oooo.. Ya Allah
Hindarilah daku dari tersasar
Tunjukan daku
jalan yang benar..(3kali)

Bukti dalam Al-Quran :')

Hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasir.
"Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Allah adalah sebaik baik Pelindung"

Remember this? Kalau aku tak nak ingat ini, kau nak buat apa?


Whenever you're having a bad day, remember this?
Apabila kita susah, Allah beri, apabila kita senang Allah bagi. Apabila kita sedang susah, pertama kali akan kita sebut, Ya ALLAH bantulah hambaMu ni.
Masalah kita akan berkurangan kalau kita cakap ' ilove you, i love you, i love you, i love you ?'
You, talk to mirror. Hai my name is Jemah. I ada problem. Hari ini hari malang i so, boleh tak i cakap hmmmmm, hm haaa. Huuuu, heee i love you. Mirror? Reflect balik apa yg kita cakap, sakit hati tumbuk cermin, tangan luka. Hari bertambah duka dah tangan dah luka.

Ya Allah, i love you Allah. sambil menangis minta pertolongan dengan penuh pengharapan. InsyaAllah, Allah beri kita penyelesaian terbaik. Hari bertambah bahagia sebab Allah balas kata cinta kita. This the bestword to replaced!
 
"WHENEVER YOU'RE HAVING BAD DAYS, REMEMBER THIS WORD
'ALLAH WITH US, LA TAHZAN'

Senyum, tak perlu kata apa-apa.


 
Jumaat- 11/10/2013 5.25 a.m. Salam Jumaat. Jumaat ialah hari bagi segala penghulu hari :') Alhamdulillah masih bernafas untuk melihat keindahan dunia ini lagi. Allah masih beri kita peluang untuk kita muhasabah diri dan memperbetulkan kesalahan kita. Kalau ada berdosa dengan ibubapa, sebelum keluar rumah pagi nanti, salam, peluk cium mereka. Kalau dengan kawan-kawan. minta maaflah dengan cara yang sopan menggunakan nada yg lembut. Kalau berdosa dengan Allah, mohon taubat kpd Allah dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah.'hablum minALLAH, Hablum minaNas.' Jaga hubungan baik dengan Allah, jaga hubungan baik dengan manusia.

Kehidupan akan ceria kalau setiap hari-hari kita dimulai dengan senyuman. Sebelum senyum, say Alhamdulillah. Lepas kita bangun dari tidur first time kita nampak ialah ciptaan Allah yg indah, baru kita boleh tersenyum lebar sebab masih berpeluang menikmati kehidupan ni lagi, Allah suka org yg bersyukur ni. Yakni siapa yg bersyukur, Allah akan memberi nikmat kpdnya, namun siapa yg tidak bersyukur, ketahuilah azab Allah amat perit.

Lebih afdal baca doa selepas bangun tidur ni:



 Rasullah mengajar kita supaya senyum bukannya marah :)

Sentiasa Ada Harapan Untuk Orang Yang Bangkit!




Bahasa Melayu:  Alhamdulillah. Terima kasih cikgu kerana menanda kertas. Seronok dapat cikgu Jamilah sbg cikgu bahasa dalam kelas 5SC1. Ayat bahasanya yang baku. Kata-kata mutiara yg diketengahkan dan bahasa-bahasa indah yang dilemparkan oleh beliau mampu membuat semua terpukau. Pesan Cikgu Jamilah “stdy hard ya..insyaAllah cemerlang cikgu doakan"

Bahasa Inggeris:  Alhamdulillah. Thanks for marking my paper,  teacher! Appreciate. I will do my best in SPM! You are the great teacher. Impossible your student can't aiming A for SPM.

Mathematics: Walaupun dulu pernah bergelut dengan soalan Matematik yg agak sukar, kali ni aku berjaya melewati  hanya dengan buat soalan berulang-ulang kali, jemu juga  kadang-kadang sebab tak faham-faham juga cikgu ajar. Tapi, akhirnya apabila keputusan keluar, aku org pertama yg bahagia. Aku menerimanya dgn sejuta senyuman :’)

Sejarah: Apa ni Sir, 3 markah je lagi nak A+, tolenrasilah sikit. Ayat memang tak bersyukur ni. Ya Allah, ampuni aku. Takde rezeki nak menggenggam A+ lagi. Tunggu SPM. InsyaAllah!

Pendidikan Islam: Alhamdulillah. Allah mengabulkan doaku. Terima kasih Allah. Terima Kasih Ustaz Saufi!
 
Biology: Peluang untuk menjadi ‘surgeon’ kini bertambah cerah apabila teacher terus suntik semangat supaya terus berusaha. Mendapat A dalam biology merupakan impian utama. Thanks teacher,beri peluang dan kepercayaan :’) Ibuku juga  pembakar semangat utama. Oleh sbb ibu aku seorang jururawat, so aku tidak ada masalah berkompromi dgn ibu untuk masalah kesihatan ini itu! Ibu selalu membantu dgn buku-buku rujukannya semasa kt kolej dulu.Ternyata berkesan. Ayat macam testimoni ni je. Motif sangat.

Chemistry: Tunggu SPM, aku dapat A. Tunggulah....... 
 
Physics: Aku tak tahu kenapa aku suka cuai dalam Physic Paper 3. Akibatnya, keputusan Physic menurun! Minat mmg lah minat. Tp, kalau dah mcm ni je. Siapa tak putus asa kan. That’s why keputusan tak pernah berubah. Hee, setan hasut! Ok, Fokus kpd Pilihan kedua cita-cita utk jd engineer. Hamizah, kau boleh!

Additional Mathematics: Alhamdulillah, kena usaha lagi. Addmath tak sama dgn Mathematics. Ingat tu! My Cute Papa Sabri cakap, belajar subjek addmath  mmg tak boleh putus asa. Banyakkan buat latihan. Teruskan usaha. Thanks Sir. We noted!

Keep Calm, Allah with Us :')



Allah. Tanpa Allah, tak tercipta Rasul, ibubapa, adik-beradik, cikgu-cikgu, kawan-kawan, haiwan yang comel dalam kehidupan sementara ini :') Sesungguhnya besar nikmatMu ini Ya Allah.

 Satu satu, saya sayang Allah, dua-dua saya sayang Rasul. Tiga-tiga saya sayang ibu, empat-empat saya sayang ayah. Lima lima saya sayang cikgu. Enam-enam saya sayang adik-beradik. Tujuh-tujuh saya sayang kawan. Lapan lapan saya sayang kucing Boby/Baby/Tommy/Pooh/Alvino/Gebu/Brownies/ Sembilan-sembilan saya sayang kehidupan saya. Sepuluh-sepuluh saya sayang semuanya! :’) Terima kasih Allah atas segala kurniaanMu yang indah.

SPM? Apa Kata Anda?







SPM penentu masa depan? Kalau SPM bagus  boleh apply university, matrikulasi, politeknik? Ada sijil SPM boleh terus dapat kerja. Tiada SPM, masa depan hancur? Wow, andaian bermacam-macam. Tapi, haruslah ingat SPM bukan penentu segala-galanya wahai sahabat. Walaupun keputusan SPM kurang cemerlang, tak semestinya tak boleh berjaya dalam kehidupan. Ada agama, ada akademik, ada amal praktik , ada adab kita boleh berjaya. Ada agama, tidak ada akademik, ada amal praktik, ada adab boleh berjaya. Ada agama, ada akademik, tidak ada amal praktik, ada adab masih tetap boleh berjaya. Ada agama, ada akademik, ada amal praktik, tidak ada adab boleh ke berjaya? Tapi tidak ada agama, ada akademik, ada amal praktik, ada adab, macam mana pula? Pokok pangkalnya agama. Ada agama. insyaAllah, kejayaan mengiringi :’) Agama menyempurnakan segalanya.

“ Pelajar cemerlang SPM 2013” Siapakah?